"Welcome to my blog...blog ini adalah segalanya tentang Aku dan hidup aku..aku menulis memang terus dari hati aku..tentang apa yang aku fikir & rasa...try to understand n feel it if u want to know about me"

Wednesday, December 30, 2009

From 2009 To 2010

Banyak yang dah berlalu...sepanjang tahun 2009...dalam xsedar..rasanya masa bergerak terlalu pantas...byk yang aku rancang dan harapkan xberlaku & belum tercapai...tapi banyak benda yang aku berlaku tanpa dirancang....Allah Maha Berkuasa..kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan...

Sepanjang tahun..byk rintangan dan masalah datang...tapi Alhamdullilah...dapat kita tempuhi...sbb skang ni...aku masih seperti aku 365hari yang lepas..mgkn kehidupan, persekitaran berubah...tapi kesedaran dalam diri..masih terlalu jauh...

Mengharapkan tahun 2010 memberi sinar kesedaran, kebahagian & perubahan dalam hidup aku.....aku nak berganjak ke 1 fasa lain dalam hidup aku..nak cari sesuatu yang belum pasti...tapi semua masih jauh....harap terlaksana..Impian harapan blh dilakar...semoga menjadi kenyatan dengan sokongan kawan-kawan & Mak aku tersayang..

Sunday, December 20, 2009

PeNat!!!!!!!!!!!!!!

Argh!!!Arini aku penat giler...seharian mengadap komputer siapakan report...emmm report untuk BOS kesayangan ramai kt OFFICE ni...penat lelah kitaorang buat XTAU la..dia ni tgk ke x??? masa mintak bukan main gempak lagi..report ni klu yang sebenarnya account department leh wat klu sistem canggih!!!maklum la...company ni...sistem acc dia mmg plg canggih...wlupun dh berbulan-bulan ada prob...xdibetul2kan lagi..menyusahkan org je...Lembab macam STOKIN BASAH!!!....

Mata aku dah berpinar sebenarnya stare nombor2 yang hampir serupa...pening2 la kepaLA ku ni...nak LUNCH pn xde mood...

Tapi..akhirnya siap gak...huh!!!lega akhirnya..skang ni dh bosan plak..aku ngadap la gosip2 kt internet...maca2m gosip...hu...hu...facebook pun bosan gak...nak borak..orang lain pn ngadap PC..busy...yang bagus skang ni...tido la..balik umah awal ke...he..he...

Wednesday, December 16, 2009

MaAl HiJrAH..

Selamat menyambut Maal hijrah...erti kata lain..tahun baru bagi kita org Islam...Semoga tahun y akan dtg ni memberi 1000 Rahmat pada aku...semoga aku berubah..semoga aku dapat capai impian aku..semoga mak aku sentiasa sihat Dan panjang umur... and wish to all my beloved friend...semoga berjaya gak..

Aku harap aku lebih berfikiran positif...

Tapi sebelum ni mcm ternanti-nanti je untuk cuti...kali ni xrasa mcm 2 coz aku ngah sengkek gila kali ni!!!wa...wa...sedihnya...xbestnya cuti tapi xde duit...nk jln cmne?  xkan nk dok umah je?????nk g pavillion tgk Salji mlm2...em..em...ntah la

Malas la aku nk fikir skang ni...skang ni aku kemas2 nk blk umah je la...aku nk tido je...malas dah nk pikir...sape ada duit lebih blh la bg kt aku...

Monday, December 14, 2009

Hidup Yang bagaikan Roda...



Hidup ni macam Roda...ikut la kita nak anggap roda pe..roda basikal ke? roda moto ke? beca ke? buai yang kt funfair ke?...he..he..tapi aku anggap macam eye of malaysia la...kira aku ni berfikiran jauh la (perasan la plak)..suka aku la..blog aku kan...

Roda ni sentiasa berpusing..kadang2 kt atas..kadang2 kt bawah..blh jd tepi gak la...maksudnya dalam kehidupan ni...tidak selamanya kita diaatas, so jgn la bongkak.....sentiasa la renung2 kn bwh...klu skang kita berjaya...esk lusa mgkn kita akan hadapi masalah...dan klu skang kita ada masalah...mgkn dimasa akan datang kita akan mendapat tuah...


cuma masa yang menentukan semuanya....doa dan usaha kita..mungkin akan dapat membuatkan kita tidak terlalu menangisi nasib kita yang mugkin xberapa bertuah skang ni...emm..mcm aku la...skang ni blm lagi masa aku di atas...mgkn sedikit masa lagi..kata orang blum rezeki lagi....


Tapi..........emmm...ntah la..susah nk luahkan sbb bkn semua benda blh dikongsikan...& xtaw macammane nk share...mgkn kena tgu sumone yang sehati-sejiwa...bila???? realy soon....ha..ha...



GoSip..GoSip..Gosip..

Aku petang ni nk bergosip...ha..ha..aku ni peminat remy ishak..so, aku bengang la pasal dia kn belasah ari2...ni gosip sumber dari berita minggu...



Pelakon popular beri penjelasan insiden dirinya bergaduh dengan dramatis, Ummi Nazeera

INSIDEN bintang drama Nur Kasih dan Teater Natrah, Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, 27, dipukul sekumpulan tujuh lelaki di koridor bilik persalinan Istana Budaya, Kuala Lumpur malam Sabtu lalu (5 Disember) mengejutkan ramai pihak. Dia dikatakan dibelasah sekumpulan samseng selepas mendatangkan kecederaan kepada ‘teman tapi mesranya’, aktres remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19, sehari sebelum kejadian berkenaan.

Susulan kejadian itu, Remy yang mengalami bengkak di muka dan kaki membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Bagi memastikan kesahihan Remy mengasari Ummi sehingga mengalami luka dan lebam di muka selepas berlaku pertengkaran antara mereka, usaha mendapatkan komen daripada Ummi menemui jalan buntu selepas dia enggan membuat sebarang kenyataan. Begitu juga temu janji yang dibuat bersama ibu Ummi, Datuk Maziah Musa, dua kali dibatalkan pada saat akhir, sekali gus melenyapkan harapan mendapatkan cerita sebenar.

Pun begitu, pengurus Ummi, Zailan Mohamed, 35, bersedia berkongsi cerita mengenai kejadian yang berlaku antara Remy dan Ummi. Kata Zailan, ketika ini Ummi masih trauma gara-gara insiden yang menimpa dirinya tempoh hari, manakala Maziah buat masa ini tidak mahu diganggu.

Berdasarkan keterangan Zailan, dia diberitahu Ummi pada pagi 4 Disember, memang benar antara dirinya dan Remy berlaku pertengkaran. Namun, muka Ummi cedera selepas terjatuh. Tidak lama selepas itu, Maziah pula memaklumkan kepada Zailan cerita yang berlainan.

Kata Zailan, berdasarkan keterangan Maziah, dia dimaklumkan Ummi dan Remy bertengkar, namun Ummi mengalami kecederaan di muka selepas dikasari Remy!

Justeru, penulis berjaya memujuk Remy menceritakan kejadian sebenar apa yang berlaku antara dia dan Ummi sehingga didatangi sekumpulan tujuh lelaki yang memukulnya di Istana Budaya.

“Saya tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa termasuklah pihak Ummi. Saya hormat ibu Ummi, Datuk Maziah dan seisi keluarganya. Saya tidak berniat untuk memburuk-burukkan mereka. Jadi, adalah lebih baik mereka memberitahu perkara sebenar. Terus terang saya memberitahu, antara saya dan Ummi, kami mempunyai hubungan istimewa. “Tapi, demi menjaga nama baik keluarga Ummi, saya lebih selesa membuat pengakuan, kami sekadar berkawan baik saja. Saya turuti kemahuan Ummi. Ketika saya ingin membuat pengakuan ini, hati saya berbelah bagi. Apabila saya menceritakan kebenaran, perkara itu akan memburukkan pihak Ummi, tapi jika saya tidak memberitahu kebenaran, pihak Ummi mendakwa saya seolah-olah seorang lelaki yang jahat, dayus pukul perempuan.

“Saya perlu menjaga nama baik saya, keluarga dan kepada orang ramai yang meminati lakonan saya. Punah harapan mereka untuk melihat saya berjaya sekiranya memperoleh dakwaan yang tidak benar. Dakwaan daripada pihak Ummi, saya mengasari Ummi, memang akan menghancurkan karier saya. Tapi, dakwaan itu bukan daripada mulut Ummi mahupun ibunya, sebaliknya diceritakan Zailan. Namun, saya perlu menceritakan perkara sebenar,” kata Remy. 'Ummi serang saya bertubi-tubi' Remy juga akui dia tidak mahu orang tersalah anggapan terhadap dirinya apabila dia didakwa memukul Ummi Nazeera, tapi pada malam kejadian 4 Disember lalu, selepas selesai pementasan Natrah di Istana Budaya, dia menerima panggilan telefon daripada Ummi menyatakan ingin bertemunya. “Saya pun pergi menemui Ummi di kondominiumnya di Ampang walaupun saya tahu, keluarganya memang tak gemar saya datang bertemu Ummi lewat malam. Saya bertemu Ummi di kawasan bawah kondominium saja. Namun, pada pertemuan itu, antara kami ada berlaku sedikit salah faham membabitkan emosi masing-masing. “Perkara itu secara langsung mencetuskan kemarahan saya dan Ummi.

Perasaan saya ketika itu memang sangat hancur apabila ada satu perkara yang dilakukan Ummi. Dalam perhubungan, bertengkar, memang perkara biasalah. Supaya keadaan tidak bertambah keruh, saya ambil keputusan untuk beredar dari situ. Tapi, saya berasa serba salah. Pertengkaran sebelum itu, saya sangat marah dan kecewa sehingga saya mencampakkan telefon bimbit Ummi. Justeru, saya menemui Ummi kembali untuk minta maaf dan memberitahunya, saya akan ganti semula telefon bimbitnya yang dah pecah itu. “Tapi, apabila saya kembali mendapatkannya, saya diserang bertubi-tubi oleh Ummi. Saya tak mahu memburukkan Ummi, tapi perkara ini adalah fakta. Ketika serangan itu dilakukan, Ummi dalam keadaan yang sangat agresif. Saya yakin, fikirannya ketika itu dipengaruhi sesuatu. Fikirannya tak menentu, di luar kawalan, bau nafas Ummi juga tidak seperti kelazimannya,” kata Remy. Marah kerana Ummi ambil suatu ‘benda’ Beliau juga menjelaskan, pertengkaran antara mereka juga disebabkan suatu ‘benda’ yang diambil Ummi. Namun, Remy tidak menjelaskan apa ‘benda’ yang sudah diambil Ummi. “Itu adalah faktor utama kenapa saya bertekak dengan Ummi. Saya menjadi marah kerana Ummi pernah berjanji dengan saya beberapa kali untuk tidak mengulangi kesilapan sama. Saya sangat kecewa kerana Ummi sering memungkiri janji-janjinya. Itu yang menyebabkan saya baling telefon bimbit Ummi. “Ummi datang kepada saya, dia terus sepak, tendang dan menumbuk saya. Pada awalnya saya hanya mendiamkan diri, bagi saya, apa lagi yang mampu saya lakukan. Tapi, apabila Ummi berkali-kali tanpa henti (meneruskan serangan), tenaganya pula ketika itu seolah-olah seperti seorang lelaki, sampai satu peringkat, saya berasakan harus mengelak serangan yang bertubi-tubi itu. “Ketika saya mengelak serangan Ummi, tangan saya terkena muka Ummi, ketika itu ada cincin di jari saya.

Sejurus selepas itu, Ummi gagal mengimbangi badannya, lagipun fikirannya masih dipengaruhi sesuatu, lalu dia jatuh tersembam ke lantai. Apabila saya pusingkan kepalanya, saya lihat ada kesan bengkak di pipinya. “Ya Allah, kalau jadi macam ni, memanglah saya kena tuduh pukul Ummi. Saya yakin, kebenaran akan terbukti juga suatu hari nanti, saya hanya mengelak serangan Ummi. Justeru, saya tidak pernah mengasari Ummi, saya hanya mempertahankan diri daripada terus dipukul Ummi. Itulah perkara sebenar yang berlaku pada malam kejadian,” katanya. 'Keluarga Ummi pukul saya' Remy juga berkata, pada keesokan harinya (5 Disember) di Istana Budaya, dirinya diserang sekumpulan lelaki, iaitu ada antara mereka terbabit memang dikenalinya, iaitu salah seorang ahli keluarga Ummi sendiri. “Saya tak sangka perkara itu akan berlaku. Saya kasihan dengan orang yang memukul saya itu, mereka hanya makan gaji (diupah), mereka tidak tahu mengenai kebenaran.

Bagi saya, setiap perkara, kita boleh bawa berbincang. Kita semua dah dewasa, dikurniakan akal fikiran, bukannya anak-anak kecil. “Apa guna kita berharta, tapi sifat berperikemanusiaan itu tak wujud dalam diri kita? Kejadian itu sudah saya buat laporan polis, jadi perkara selanjutnya saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan ke atas pencerobohan di Istana Budaya dan serangan terhadap diri saya. “Selebihnya saya rasa Ummi yang lebih tahu. Tak perlulah daripada mulut ibu Ummi atau Zailan. Sepatutnya Ummi sendiri yang tampil membuat kenyataan kalau betul saya pukul dia. Ummi sepatutnya yang bercakap, bukannya pihak lain. Kenapa Ummi membiarkannya? Saya tahu, keluarga Ummi tak suka saya meneruskan hubungan dengan Ummi. Kalau tak suka, cakap, saya boleh pergi jauh daripada hidup Ummi, tapi jangan buat dakwaan yang tak benar, sekali gus mengaibkan nama saya.

“Kepada Ummi, ceritakan perkara sebenar. Dia yang tahu kebenarannya. Pun begitu, demi memelihara hubungan Ummi dan keluarganya, saya undur diri (tidak meneruskan perhubungan bersama Ummi). Saya tak boleh ‘kawal’ Ummi dan tak boleh berada di dalam dunia Ummi. dunia kami berbeza, saya sedar siapa diri saya dan di mana saya berdiri. Saya mohon maaf sekiranya kenyataan saya ini mengguris hati Ummi dan keluarganya.”
P/s : bgs la klu remy dh putus ngan ummi...coz xpadan pn...aku suka...he..he..
: perangai ummi klu la btl cmni dh mmg mcm sarah dah....

Sunday, December 13, 2009

Its JuSt aRoUnD dE CoRnER....

Apa yang semakin hampir skang ni..pejam celik..pejam celik..kejab je nk msk 2010....aku rasa mcm baru je aku tulis date 01/01/2009...cm xcaye je....msa bergerak terlalu pantas..buat kita xsedar......12bulan dh hampir berlalu...aku nk renung2 kan sepanjang 2009 ni pe y aku dh wat...perubahan?....baik?...buruk?....
bln 1 dulu aku ada g interview...emmm, bln 2 dpt result diterima...aku anta notis...so bln 3 berangan nk keje tmpat baru...tp aku xbenti pn keje kt cini....(Ini kira aku silap wat keputusan la)...bos aku offer naik gaji...emmm..aku terima coz kira blk semua cost aku klu kau pindah keje tmppt lain y kira jauh gak la dr umah aku....

Dalam bln Mac gak aku beli keta..harta aku y pertama...ha..ha...my black one... keta aku ni selalu jd mangsa goresan....calar balar dh keta aku..semua hasil keje hantu RaYa Y McM HarAm...xbyk rupanya yang aku wat dalam 2009..org lain mesti sweet je pengalaman...hu..hu...sedihnya aku...2009 gal la ramai member2 aku dpt keje Gov....Aku BILA??????emm...sorang2 dh bla....aku ni sekadar g interview je....keje gov xdpt2 pn....nk g maNdI BunGA bawAh Jambatan la....(sape2 ada knl bomoh mandi bunga...leh bgtau Aku..he..he...)

2010.....mengharap sesuatu keajaiban....aku nak kan perubahan dalam hidup aku..PERUBAHAN????kata orang klu kita nk kan perubahan kita yang kena berubah dulu...semuanya bermula dari kita sendiri...tp blh ke aku???blh kot...CAYUKK Yus.....
Aku nak keje Baru..kawan baru y lebih ramai....harta baru...Mr.Future(he..he..berangan)..bos baru..keta baru...umah baru...semua baru la...Azam pn baru...semoga aku jadi insan yang lebih berguna kepada keluarga, bangsa dah negara....(Patriotik la plak)..nak jadi wanita solehah...he..he..nak ganti pose...nak g bercuti kt langkawi...mcm2 y ada dlm kepala aku untuk 2010 ni...tp mane 1 y tercapai xtaw la....harap2 semua tercapai.....Aku NaK KaN PErUbAHaN dLM HiDuP AkU....

Aku Nak G caMeRoN..

AKu nk g Cameron mgu dpn tp sebenarnya salah plan...aku ingat nk follow k.murni rupanya dia dh g ahad baru2 ni...tersalah info aku ni...berangan dah aku ni...kempunan nk g cameron.....

Cantik umah ni...tp dlm gambar je la aku berangan...


igt dapat la Aku PeTik Daun Teh....


StawBery...mcm sedap je klu dpt mkn kt cna...tp..nnt aku beli kt tesco je la.....



Thursday, December 10, 2009

Sapoor Ibrahim's Wedding

Mgu lepas 5/12/09 aku g wedding sorang kwn aku ni...Sapoor nama dia..pelik kn nama dia...pe ntah maksud nama dia...dr dulu ramai y tertanya...tapi pe2 pn kawin dh pn dia...kawin muda...umor kitaorg br 23thn...dia dh kawin..kitaorg bl plak??????...he..he...
Ni la pasangan pengantinnya..Sapoor & intan...semoga kekal ke anak Cucu...


Mamat ni xpadan ngan pengantin..perangai xberubah..ada ke mntk hadiah kt aku dpn2 org ramai...xpnh dibuat org...


Ni la Wife dia..org puchong perdana...Intan Sazwani klu xsalah aku la...xknl pn...



Aku biasa la...dh nama pn bw camera, meroyan la amik gambar..yang bj merah 2 fatin..y kecik 2 Aiza....schoolmate aku dulu..




Ni gambar yang aku amik masa aku lapo..xsampai2 umah pengantin...slh jln...so nk U turn blk..punya la jauh...tgu fatin plak lg xsampai2...




aku g 3org ari2 naik keta aku.....aku, Aiza & Zahid...

Ni la Zahid Hasyim, Classmate aku masa Form 1 sampai form 3...ha...ha...still contact lagi kengkawan...
si Fatin yang aku tgu sampai kelaparan ni plak dtg ngan skandal(ye la kot....aku teka je...)maklum la dtg wedding Ex boy...kena drama skit..
Sebenarnya byk lagi gambar tp aku malas nk upload..maklum la internet mcm HARAM skit....

Natrah @ Istana Budaya

Salam....dh lama xposting so kali ni entry.....panjang la skit...untuk tatapan kengkawan... 4 /12 / 2009 ari2 aku g tgk teater NATRAH kat Istana budaya..ni kira first time la tgk teater, excited gak la...he..he..maklum la teruja dgn pelakon2 nya..
maklum la pegi pn berdua je Ngan ILI so..gambar semua tgkp sendiri je la....


Amik mood NATRAH...bergambar ngan poster pelakon dulu...Remy ishak 2...



Kira...klu nk memahami teater 2 ngan lbh lanjut bc la menda2 ni dulu sebelum menonton....he..he..

Datang kira awal la gak coz jalan lengang, xjem langsung....bergambar je la sana- sini...


Ha...knl x diorang ni...diaorang ni belakon gak teater NATRAH tu tp watak kecik je la...aku knl diorang ni masa diaorang masuk pilih KAsih lg...yg pki sweater 2...Sofian Bujang...yang pki bj biru Ahdan salleh...sofian ni masa dlm pilih kasih lagi aku dh minat kt dia coz dia ada bakat...ada iras2 Anding kn??????cuma badan dia ni kecik je masa jupa ari2...

Mula2...xperasan pn diaorang ni tp tiba2 je ili ckp "sofian bujang, can I take a picture with u?" aku igt member aku ni meroyan...hu..hu...tp rupanya btl..ha....ha....copie ni org xknl sgt maklum la muka baru...org wat biasa je...nk berganbar ngan Remy Ishak ramai no org...malas aku nk berebut....


Gambar ni Ili y snap...masa seisi autograf...berebut2 giler..sbb 2 la hasilnya mcm ni...ha..ha....semua org nk amik gambar ngan dia...(dgr cite pas show mlm ni..dia kn belasah....hu..hu...2 la aku dh kata blk ngan aku tp xnk...aku bengang 2 y aku upah org g belasah dia ..hu..hu....) saja je aku perasan kn diri....ha...ha...



Ili & copie...ni kira gosip berjaya la ni..menipu officemate kitaorg yang mamat di BF Ili...ha...ha...laki2 org kt opis 2 semua percaya sampai skang...diaorng ni sng je nk tipu...muka kn serius...lagi2 selalu layan facebook ngan copie ni...



Cantik x gambar ni???????putihnya muka aku...dh sama putih ngan ili je....ha...ha....padahal aku ni gelap gak la...tebal bedak kt muka aku ni...maklumla bedak baru...


Layan je la.....gambar ni masa dh mak dewan tp xstart lagi...


Gambar lagi....ramai dah masuk masa ni...


He....he.....happy je muka...


Berdua je la...

Tuesday, December 1, 2009

Kitaorang lagi xhadap nak kwn ngan ko!!!

dh lama lupe benda nie
tapi
nape ko nk ungkit balik benda2 nie??

Ko lupa???Tapi kita org xpenah LUPA!!! & Xkan LUPA!!

aku xpasti samada ko atau aku yg xsuke
aku suker kwn ng ko
tp bkn ngan kwn2 ko
boleh x????

Xblh..sebab aku xsuka kwn dgn org y perangai mcm ko

aku dh de life aku skang..
aku de mr.huB
aku de Najwa
aku de rumah
aku de kete

ADA AKU KESAH!!!!!

boleh x klu sesekali ko xkacau idup aku???

Aku Xpenah Kacau Hidup KO!!! Tapi KO yg Kacau Hidup Aku!!! Ko yg Cari Aku..Kt FS & FB….Tu yg Ko Kata Aku Kacau Hidup KO!!! PK La sendiri!!!!

aku taw ko mmg dh bahagia skang ng kwn2 baru ko

Correction!!!!KWN Baru????Aku Rasa Kwn Aku Semua Kwn Lama..sbb Aku knl kwn2 aku dulu sebelum ko!!!so,mane yang baru????Lain La ko…mmg kwn baru je yg ada coz kwn lama semua dh buang ko Sebab dh knl the true of FIFIE!!!!!

pada kwn ko yg buat aku jd cmni
"AKU XKN MAAFKAN KAMU DUNIA AKHIRAT"
dah lah gigi mancung
mulut longkang
kurus keding
melidi

Ko mengutuk fizikal orang samalah dengan ko menghina CIPTAAN ALLAH…..

demi kwn!!!!!
demi kwn
aku sanggup mintak kete kt mr.abah sbb nk mudahkan perjalanan projek kami...

Demi Kawan Ke Demi IWAN????????Kitaorg xpenah mntk ko bawa keta untuk Final Projek..jgn pandai2 libatkan kita org dengan life ko!!!lagipn Keta ko ngan ko sekali xmenyumbang pe2 pn pada projek 2!!!!!Boleh Sangat Kalo Nk Buang Ko dr Group Bior Ko Repeat projek paper!!!!!!!Lec pun tau ko Xmenyumbang Pe2 dalam projek 2!!!Masa Disscussion koxdtg tp blh plak g tgk Wyg!!!! 2 ko kata DEMI KAWAN!!!!!KO Punya HAL…Guna Nama Kwn Plak!!!!

sumpah demi Allah
aku xpernah mengungkit tentang duit minyak..sbb duit xjd mslh bg aku...
klu x,,xkn mulut longkang tue jaja cite, kate aku abiskn duit mak bpk kt kuantan...

Untuk Pengetahuan KO…Nani Xpenah Cite Pada kitaorg yg Ko kt Kuantan Mengabiskan Duit Mak Bapak!!!!!!Agaknya REPORTER ko 2 Saje Nk sedapkan cite KOT!!!!!

xde sape nk percaya aku sbb alasan dowg sume...
"kami lagi kenal dia dr ko!!!"

Kita Org Mmg Kenal dia dr Ko Dan Banggga Knl Dia sedangkan Menyesal Giler KNL & Tolong Ko Masa Ko dibuang Kwn2 Lama Ko sebelum Kitaorg plak Buang KO!!!!!......(emmmmm….bape byk la org buang ko sebagai kwn??????)

sbb aku taw mmg korg xkn percaya aku..dia dh jampi korg dgn airmata air liur>

XPayah Nk Jampi2 La….Kita Org Tau camne Nk Menilai Kaca & Permata

kenapa kamu sume xleh maafkan slh aku???aku cuma nk taw pe slh aku????

Ko Nk Tau Pe salah KO????????
1. Ko mengata kitaorg Belakang2….
2. Ko mencuri jam K.FIZA (Bkn Fiza Y ko Sanjung 2!!!!!!!@ reporter xbertauliah)
3. Ko Curi earing Amy…
4. Ko smoking kt umah sewa y bayar sewa 2 bk ko sorg!!!!!!
5. Dan beberapa perkara y boleh mengAIBkan Ko……



kepada si dia mulut longkang
aku xmaafkan ko,,dunia akhirat
ko lah punca sume nie

SeBab Org y ko pgl “Mulut Longkang” ni la penah tolong ko masa nyaris kena…Tut…..tut….lu PK la sendiri……


From The Heart of Ili, Yus, Zizie, Nani, Zida, Azie...& etc..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails